
Sifir adalah singkatan bagi sifir darab merupakan satu kemahiran asas matematik yang wajib dikuasai.
Sifir memainkan peranan penting dalam matematik. Jika gagal mengusai sifir dengan baik, maka seseorang murid itu sukar untuk mendapat kecemerlangan dalam matematik. Dan juga jika tidak menguasai sifir makan kemahiran membahagi juga pasti gagal dikuasai.
Menyedari bertapa pentingnya kemahiran ini. Pelbagai teknik dicipta oleh guru-guru matematik bagi memastiknya murid-murid mereka mengingat sifir. Antaranya dengan pembentukan jadual sifir.
Ada juga yang menggunakan kaedah penulisan terbalik (saya tak tahu istilah yang digunakan). Sebagai contoh bagi sifir 9;
Langkah pertama tulis nombor 0 hingga 9;
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
kemudian tulis terbalik 9 hingga 0 pula disebelah kanan;
0 9
1 8
2 7
3 6
4 5
5 4
6 3
7 2
8 1
9 0
Setelah selesai menulis anda akan memperolehi satu susunan sifir 9 tanpa perlu mengingatinya.




No comments:
Post a Comment